Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan
Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun
enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas
memberikan kutbah,”Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah
dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan
dua perkara pada kalian,Al Qur’an dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak
orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang
tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun
menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali
menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya
sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,”keluh hati semua sahabat kala
itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di
dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat,
tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang
berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau
mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik
berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih
tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan
keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas
tidurnya.Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya.  Tapi Fatimah tidak
mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah
yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani
ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
“Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru
sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah
menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah
anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan
kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah
malakul maut,” kata Rasulullah,

» Baca entri seterusnya..

 Wah lamanya aku tak menulis dlm blog kesayangan hamba ni , sekarang ni aku terlalu sibuk dengan kerja aku lebih-lebih lagi nak gi Jakarta sabtu ni 15/03/2008. Banyak perkara nak kena prepare sebelum kesana. Prepare dari segi kerja mahupun utk diri sendiri. 
Outstation To Jakarta
 
Teruja pun ada takut pun ada jugak, ialah sedangkan Negara sendiri pun kadang tak selamat inikan pulak Negara orang. Flight dlm pukul 11.00 malam esok dan di jangka mengambil masa 2 jam penerbangan.  
 
          Aku akan berada di sana selama seminggu bagi membolehkan aku dan team member aku membuat pembentangan dan perbincangan mengenai Sistem yang ingin di bangunkan utk mereka. So kawan² kat luar sana doakan la kesejahteraan dan keselamatan aku ye.
 
 
Cakap – cakap Pilihanraya
 
Eh, bercakap pasal pilihanraya haritu aku rasa teruja plak dengan fenomena baru utk Negara kita. Mana tak nya Barisan Alternative bnyk menang, 5 buah negeri tu jatuh ketangan mereka.
 
            Aku bukan apa Cuma ini satu perkembangan yang baik, sekurang-kurang bertambah lagi ahli cerdik pandai dalam Negara kita, dengan adanya kerusi pembangkang ini segala keputusan yang akan di buat dalam pucuk pimpinan mampu di tapis hingga ke akar umbinya. Ini mampu menjadikan sesuatu perkara itu adalah yang terbaik untuk rakyat umumnya dan Negara khasnya. 
 
Duyung di Pawagam
 
            Kita tinggalkan isu pilihanraya dulu ……. Iklan Iklan Iklan dululah. Pada hari mengundi tu aku sempat luangkan masa utk menonton Filem Duyung di pawagam (TGV) Jaya Jusco Tebrau City…..layan je la mcm menarik…. 
 
            Ternyata filem ini cukup seronok utk di tonton , ada kelainan dan membuai perasaan di samping gelak ketawa dan lawak jenaka yang bersahaja dan fresh. Mesej nya juga cukup mengetuk pintu hati dan fikiran akan betapa pentingnya untuk menjaga persekitaran alam sekitar bagi kesejahteraan manusia. 
            Sesiapa yang belum  menonton , aku sarankan luangkan la masa………so sokong la Filem Kita Wajah Kita….hahaha promote lg tu. Utk file ini aku bagi 3½ bintang, cukup la ok apa 3 pointer gak tu. 
          Ok la adios…



Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini…..1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera1509: Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disanaOct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa…

1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,…

Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang un tuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepas

» Baca entri seterusnya..

          Lately ni aku terlalu bz dengan kerja sehingga tidak sempat utk mengupdate blog aku, tak sempat nak lepak² dengan member² dan tak sempat nak berkaraoke mahupun menonton DVD.Terlalu banyak reports dalam sistem yang perlu aku update, lebih² lagi ia menggunakan languange baru bagi kerjaya aku iaitu SAP ABAP Programming . Itu yang aku kena struggle dengan environment baru kalu aku nak cepat adebt dengan new tools nie. Project PT Titan Indonesia pun tak lama lagi, so preparation utk presentation pun nak kena buat jugak sebab dlm bulan ini aku dah nak kena flight ke Jakarta utk discuss pasal flow dan user requirement. Projek ni pula aku guna Java , JSP dan Oracle. 
 
Tapi hari ni aku mencuri masa sedikit utk bercerita beberapa topik yang aku rasakan ingin dikongsikan. 
   
1.         Aku dah mula berjinak² dengan GYM dan mengamalkan diet seimbang utk menurunkan berat badan bagi mengekalkan BMI aku. mana tau badan dah lawa nanti boleh la berjinak² dengan dunia modelling. hahahahah……perasan hensem la plak.. 
   
2.         Minggu ni aku jugak bz membantu wife aku dalam bisnes dia - seperti yang korang dah tau wife aku ni terlibat dengan bisnes kraftangannya- membuat bakul, Bunga , gubahan hantaran dan mcm² lagila, pendek kata asal boleh jadi duit la…. tak caya masuk nie http://sweetiesribbon.blogmas.com. tugas aku just mengecat pasu je, bab menganyam tu kalu aku buat alamat boleh jadik gila la jawabnya. 
   
3.         Aku jugak tengah target utk membeli HP Compaq Notebook pada bulan ni sbb aku nak fokus pada projek freelance aku lagi, buat komersial website, la ni aku tengah dok belajar dengan sorang member aku. Projek dah ada tp tools yang tak de PC desktop aku rosak. So harap portfolio ni aku boleh siapkan sebelum pertengahan tahun. 
   
4.         MLM , semalam dan minggu lepas ada la beberapa orang member aku approach aku dlm bisnes ni ada yg promote lampu Spa (Lampb$%&#) la, batu Nano la dan mcm² lagi la. Aku sebenarnya dah letih la dengan dunia MLM nie, dah puluhan ribu aku rugi semata² kononnya all out dlm bisnes nie tp ternyata rezeki masih belum menyebelahi aku lagi. Jadi aku amik keputusan utk STOP dulu la. Baik aku buat simple bisnes dan mudah utk dptkan pulangan. 
   
5.         Tapi dalam semua yang aku dah ceritakan sebenarnya aku ni bercita² gak nak jadi Petani Moden dan involve dlm bidang penanaman ataupun perternakan, ntahla tercapai ke……tp tu perancangan jangka masa panjang la. Sekarang ni tengah kumpul maklumat dan modal. Once dah cukup aku start ngan projek kecik² dulu dan upahkan la bapak aku utk handle projek tu. 
   
6.         Last sekali aku tengah dok berangan utk tukar kereta baru , minat ngan Toyota Wish tp belum ada kemampuan lg la….amik Nissan Grand Livina pun gempak gak, not bad laa orang kata. Keluasan pun ok, pemanduan pun sedap , minyak jimat gila. So senang la aku nak bawak pasu² bini aku tu nanti. Maklumla pasaran dah meluas sampai Pahang , Terengganu. Pendek kata senang sket nak biznes kesana kemari. 
   
Ok, aku rasa dah panjang lebar dah ni celoteh aku…sampai sini dulu la aku nak wat keje balik karang ada yang menjeling plak naya je……“Perjuangan Ekonomi yang Belum Selesai” 

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.