Archive for the 'Kerjaya' Category

Setelah memilih tempat untuk duduk , kami terus disediakan dengan pelbagai jenis lauk pauk di atas meja. Inilah cara restoran di sana menyediakan hidangan padang atau aceh , segala lauk yang ada akan di susun di atas meja, rasanya lebih 20 jenis lauk lah. Rasanya restoran padang di Malaysia juga mempraktikan cara sebegini. Mungkin , aku pun tak pernah ke restoran Padang Malaysia.

 
Kemudian kami terus di perkenalkan dengan pelbagai jenis masakan yang membuka selera oleh Om dan Tanter.
 
“ini ada bebek goreng, ayam tangkap, cumi, sambel ijo, rendang aceh, opor ayam,   yang mana mau di cobain zam? ”.

“ mau cobak semua kalik, enak banget kelihatannya ”

 
“ Airnya nanti tanter orderin , harus di cobak ini air, esteler jugak , kopyor pun enak. ”

 
Ternyata memang tidak mengecewakan masakan aceh ini , ada kelainan dan terasa masakan tradisinya. Apa tidaknya sampai 2 kali aku tambah nasi, memang sedap lauk ayam tangkap dengan rendangnya.Huh tidak dapat aku nak gambarkan keenakannya. Inila istimewa di Indonesia makanan tradisinya kalau di Malaysia seperti masakan kampung gitu.
 
Sambil menjamu selera aku memerhatikan keadaan sekeliling restoran , memang cantik susun atur dan hiasan dalamannya, yang paling berlainan siap ada ruang utk solat de sebelah meja makan.
 
Selesai makan aku mencuba Apocat , huh memang sedap gila , memandangkan aku dah kekenyangan jadi air tadi pun aku tak mampu nak habiskan. Appocat ni adalah campuran buah avocado yang di kisar dan coklat susu. Rasanya lemak² manis dan berkrim susah memang nak jumpa kat Malaysia.
 
Diringkaskan cerita memang kami berpuashati la dengan layanan dan masakan Restoran Meutia (Masakan Acheh) ni, memang aku akan datang lagi nanti. Selesai je makan kami terus bergegas ke hotel le Meredien Jakarta.
 
Sampai di hotel kenderaan kami di periksa oleh pengawal di situ (Satpam) , kat Indonesia ni memang ketat keluar masuk hotel kena di periksa beg semua perlu di scan, sejak peristiwa pengebomam hotel JW Marriot tu. So tak hairan la kalau kat sini semua nak kena check utk security jugak.
 
Ok la nanti aku sambung cerita balik ye……..bye.
 
Aku terus merebahkan diri di atas katil yang sangat empuk itu, suasana di situ nyaman dan mendamaikan dan aku terus terlelap. Mana taknya mengantuk yang teramat sngt. Sedar-sedar aku terbangun dalam pukul 9.30 pagi. Kalau ikutkan mata , mau saja aku teruskan tidur “Pakkal” je rumah orang kan. Aku gagahkan diri  juga untuk bangun dan terus mandi.
 
“lah Pak azam , kok udah jaga, cepet bener , ngak apa2 kok kalu mau nerusin tidurnya ntar nggak cargas lagi mau check-in ke hotel”.

“ Enggak apa² la pak , udah biasa kok kayak gini, lagian udah jam setengah 10 lo, kalu di terusin mau jam berapa siapnya, mendingan mandi aja terus ”

 
Selesai mandi terus kami suami isteri bersiap² kerana hari ini aku akan ke Bandar Jakarta utk check-in di Hotel Le Meridien. Tapi sebelum tu kami bersarapan pagi dulu, dapatla merasa roti bakar bersama jem coklat.
 
Selesai bersarapan apalagi sesi berfoto la, rugi oo kalu tak rakamkan saat2 indah ni…hehehe. Habis setiap ruang rumah tu bini aku posing hahaha……aku akan upload di episode akhir nanti ye…baru la dramatik.
 
Lebih kurang dalam pukul 12.30 aku bertolak dari Jurang Manggu ke Le Meridien Jakarta,perjalanan lebih kurang 45 minit. Perghhh!!!!! Satu perjalanan yang sangat mendebarkan….itu la kalu pertama aku berada di jalanraya pada siang hari.
 
Om Hasnan memulakan perjalanan nya melalui jalan pinggiran kota , kalu di Malaysia…mcm lalu kat rumah² setinggan mcm tu, jalan memang sempit memang muat² satu kenderaan kalu ada 2 kenderaan alamatnya kena la mengundur balik…..
 
Aku memang sampai tak terkata , aku hanya memerhatikan gelagat dan meratapi hiruk pikuknya kehidupan kota , di tepi2 sungai dan jalan besar aku tengok ramai yg seakan tak ada rumah. Hanya berbekalkan dengan kereta tolak sebagai tempat penginapan bergerak mereka. Ada yang sedang menyusukan anak tak kurang pula yang sedang tidur. Pendek kata memang kesian dan tak sampai hati
 
Apa yang aku boleh katakan “Memang Dasyat”. Kenderaan yang berpusu² dan bersimpang siur, pendek kata memang havoc dan crowded la. Berbeza dari Malaysia , kalu di sana kenderaan atau pejalan kaki memang mudah utk memasuki simpang atau jalan, kerana orang belakang pasti akan bagi jalan punya. kalu kat Malaysia kompom dah kena langgar paling tak pon mesti kena hon. Selamba jer diaorang  melintas jalan. Memang membuat jantung berdegup kencang, pendek kata cuak gila la.
 
“azam , kok dari tadi ngak ngomong², apa ngak ada yang mau ditanyak?”

 
“ngak tau kok pak apa yang mau di tanyak,” -  aku sampai tak terkata. Sbb tu dialog tak bnyk utk episode kali ni.

 
Sebelum check-in di hotel kami singgah di Restoran Aceh (Restoren Meutia) untuk makan tengahari kami….hmmmm memang menyelerakan….semua memang sedap2 belaka…..ok la apa menu yang kami makan , apa yg  sedap..aku akan ceritakan lagi utk episode akan datang…
 
          Lately ni aku terlalu bz dengan kerja sehingga tidak sempat utk mengupdate blog aku, tak sempat nak lepak² dengan member² dan tak sempat nak berkaraoke mahupun menonton DVD.Terlalu banyak reports dalam sistem yang perlu aku update, lebih² lagi ia menggunakan languange baru bagi kerjaya aku iaitu SAP ABAP Programming . Itu yang aku kena struggle dengan environment baru kalu aku nak cepat adebt dengan new tools nie. Project PT Titan Indonesia pun tak lama lagi, so preparation utk presentation pun nak kena buat jugak sebab dlm bulan ini aku dah nak kena flight ke Jakarta utk discuss pasal flow dan user requirement. Projek ni pula aku guna Java , JSP dan Oracle. 
 
Tapi hari ni aku mencuri masa sedikit utk bercerita beberapa topik yang aku rasakan ingin dikongsikan. 
   
1.         Aku dah mula berjinak² dengan GYM dan mengamalkan diet seimbang utk menurunkan berat badan bagi mengekalkan BMI aku. mana tau badan dah lawa nanti boleh la berjinak² dengan dunia modelling. hahahahah……perasan hensem la plak.. 
   
2.         Minggu ni aku jugak bz membantu wife aku dalam bisnes dia - seperti yang korang dah tau wife aku ni terlibat dengan bisnes kraftangannya- membuat bakul, Bunga , gubahan hantaran dan mcm² lagila, pendek kata asal boleh jadi duit la…. tak caya masuk nie http://sweetiesribbon.blogmas.com. tugas aku just mengecat pasu je, bab menganyam tu kalu aku buat alamat boleh jadik gila la jawabnya. 
   
3.         Aku jugak tengah target utk membeli HP Compaq Notebook pada bulan ni sbb aku nak fokus pada projek freelance aku lagi, buat komersial website, la ni aku tengah dok belajar dengan sorang member aku. Projek dah ada tp tools yang tak de PC desktop aku rosak. So harap portfolio ni aku boleh siapkan sebelum pertengahan tahun. 
   
4.         MLM , semalam dan minggu lepas ada la beberapa orang member aku approach aku dlm bisnes ni ada yg promote lampu Spa (Lampb$%&#) la, batu Nano la dan mcm² lagi la. Aku sebenarnya dah letih la dengan dunia MLM nie, dah puluhan ribu aku rugi semata² kononnya all out dlm bisnes nie tp ternyata rezeki masih belum menyebelahi aku lagi. Jadi aku amik keputusan utk STOP dulu la. Baik aku buat simple bisnes dan mudah utk dptkan pulangan. 
   
5.         Tapi dalam semua yang aku dah ceritakan sebenarnya aku ni bercita² gak nak jadi Petani Moden dan involve dlm bidang penanaman ataupun perternakan, ntahla tercapai ke……tp tu perancangan jangka masa panjang la. Sekarang ni tengah kumpul maklumat dan modal. Once dah cukup aku start ngan projek kecik² dulu dan upahkan la bapak aku utk handle projek tu. 
   
6.         Last sekali aku tengah dok berangan utk tukar kereta baru , minat ngan Toyota Wish tp belum ada kemampuan lg la….amik Nissan Grand Livina pun gempak gak, not bad laa orang kata. Keluasan pun ok, pemanduan pun sedap , minyak jimat gila. So senang la aku nak bawak pasu² bini aku tu nanti. Maklumla pasaran dah meluas sampai Pahang , Terengganu. Pendek kata senang sket nak biznes kesana kemari. 
   
Ok, aku rasa dah panjang lebar dah ni celoteh aku…sampai sini dulu la aku nak wat keje balik karang ada yang menjeling plak naya je……“Perjuangan Ekonomi yang Belum Selesai” 

Dalam beberapa hari ni aku sibuk memikirkan dan mencari idea bagaimana aku nak lakarkan poster yg aku nak hasil kan ini. Sebenarnya company aku bekerja sekarang ada buat pertandingan melukis poster utk mission dan vision company aku utk tahun ni.

jadi aku antara orang yg di harapkan dlm department aku utk participate dlm competition ni. Jadi kepala asik menerawang dan melayang2 je la dok pikir apa yg aku nak tonjolkan kat poster aku ni. Maklumla dah berbelas tahun aku tak berkecimpung dlm dunia seni ni…ahakz….hanya tinggal seminggu saje ni, kalu tak masuk sayang jugak manala tau bleh terpilih best gak..hadianya nya pun boleh tahan gak…

idea idea idea………………..