Tengahari tadi aku balik rumah utk makan tengahari. Sambil makan terhidang rancangan terbitan TV3 iaitu Wanita Hari Ini - utk Segmen Tilam dan Bantal mengupas isu Ibu Mertuaku yang di hoskan oleh Azizah Ariffin dan Iffa Razia . Tetamu undangan pula sharifah shairah dan ibu mertuanya Datin Marlia Arshad serta seorang penceramah undangan Dr Robiah Kulup Hamzah (Pakar motivasi RKH Motivasi services Sdn Bhd)
Oleh kerana aku rasa topik ni memang akan di lalui dan sedang dilalui oleh mereka yang bergelar suami dan isteri ada baiknya aku berkongsi intipati perbincangan itu tadi. Dalam rancangan itu tadi pelbagai topik yang membincangkan permasalahan antara mertua dan menantu terutamanya menantu perempuan. Pelbagai isu yang di bincangkan termasuklah perselisihan pendapat , perbezaan budaya, cara didikan dan langkah-langkah bagi mengelak dan mengatasi masalah yang melibatkan ibu mertua.
kes 1 : Seorang isteri mempunyai ibu mertua yang baik dan melayannya dengan sempurna tetapi si isteri berasa tidak puas hati dek kerana sikap ibu mertuanya seperti lalang. Ibu mertuanya suka bercerita dan mengiakan apa yang menantu2 lain memperkatakan tengtang dirinya.
kes 2 : Seorang isteri mempunyai ibu mertua yg berbeza pendapat dari segi masakan dan pemakaian, dan semua yg di ketengahkan oleh si anak menantu tak kena di matanya.
kes 3 : Seorang isteri telah di ceraikan oleh si suami dek kerana hasutan dan desakan ibu mertua terhadap anaknya. Ibu mertua tidak berkenan dengan sikap menantu yang kadang kala melawan cakapnya.
Ulasan serta Saranan dan komen Dr Robiah.
Kepada para isteri.
Harus di ingat segala yang berlaku adalah peta allah samada krisis yang melanda mengundang perceraian atau sekadar konflik yang berpanjangan. Apa yang berlaku dan sedang berlaku harus di tangani dengan sebaiknya, jadikan segala yang dugaan sebagai sesuatu yang positif. Jika kamu sayang kepada suami kamu maka seharusnya kamu menyayangi ibu mertua kamu, kerana dengan didikan ibu mertua kamu lah maka kamu mendapat suami yang hebat seperti sekarang. Kalu tak hebat masakan kamu terpikat dengan dia.
» Read more after the jump →