Archive for the 'Kehidupan' Category

Tempohari saya ada memberikan hujah bahawa semasa di alam percintaan adalah waktu yang paling baik dalam proses perhubungan semulajadi. Bukan sahaja dapat mengenal pasangan sesame sendiri namun ia adalah proses mengenal diri dan mengatur sikap , gaya , tingkah laku malahan tutur kata dan keyakinan diri dapat di praktikkan. Hebat bukan dengan penangan cinta ???

 
“Kira mcm nak atur strategi la jugak, masa ni la korang bermadah , ada yang berpuisi. Pendek kata jiwang karat beb”

 
Oleh itu , bagi yang sedang bercinta sakan diluar sana jadikan ianya sebagai satu sumber inspirasi dan mampu membina sahsiah diri. Namun jangan jadikan ia sebagai satu yang negatif di mata masyarakat. Kata orang bercinta la dengan penuh khemah dan yang paling penting mestilah berlandaskan syariah.
 
“ingat tu adik², abg² ,kak long, kak ngah,  jangan sesekali kita mengenepikan nilai2 ketimuran dan keislaman. Barulah cinta itu boleh di gelar cinta sejati”

 
“alah…sekarang zaman dah moden, bercinta pun dah ikut budaya barat, itu yang gejala sosial bersepah²”

 
Bagi yang wanita jaga lah maruah diri sebagai seorang wanita sejati, tetapkanla pendirian anda kepada pasangan anda dan mulalah belajar berdikari. Bagi yang pria hormatilah pasangan anda sebagai seorang wanita, bimbing la mereka sekirannya ada kepincangan yang tidak disengaja.
 
Namun, andainya perpisahan terjadi di tengah jalan doakanlah kekasih anda agar ianya bertemu dengan seorang lelaki yang lebih baik dari anda. Barula ini dikatakan “gentle dan macho”. Kerana walaupun apa keadaannya kita tetap menginginkan yang terbaik untuk orang yang kita sayangi.
 
Setelah itu relakan dan berilah dia masa untuk mengisi kekosongan dan kekurangan yang ada dengan pasangan lain. Dan ingatlah sekiranya jodoh anda telah ditetapkan bersama si dia walaupun dah “clash” bermakna andalah yang terbaik di hatinya..
 
Maka, tanyalah hati anda “Tepuk dada tanyalah iman” dan sekiranya anda juga tidak bertemu yang lebih baik dari dia. Nahhhh itula yang dinamakan jodoh. Hmmmm disinilah satu momen yang sangat sesuai utk anda mengatur perhubungan yang lebih serius
 
    Bagaimana, adakah anda sudah bersedia ????,

Mungkin ada yang diluar sana sedang mengalami momen² percintaan dan tak kurang pula yang sedang dilanda ribut putusnya cinta. Apa yang hendak di tangiskan dan di kesalkan, “Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor” – Jodoh dan pertemuan itu kan di tangan tuhan, kenapa mau berantakan.

 
Teringat aku dulu masa mula² bercinta semasa zaman di kolej dulu. Tak sangka ramai jugak peminat aku ni, ntah la apa yang menarik pada diri aku ni pun aku tak pasti. Pastinya hanya gadis² itu yang mengerti apa pilihan mereka.
 
Didalam percintaan sebenarnya jangan la kita terlalu beriya² dan terlalu ikutkan perasaan.Apa yang perlu hanyalah menjalani proses itu dengan tenang dan selamba. Ingat pesan aku ini….
 
“Cintailah diri mereka sederhana adanya , kerana kekecewaan pastinya tidak menghambat andainya terputus hubungan dan musuhi la mereka sesederhana mungkin, kerana yang renggang itu akan tercantum kembali”

 
Percintaan di alam remaja sememangnya satu proses yang baik , kerana disitulah kita belajar erti kehidupan akan datang. Memahami antara dua insan yang berbeza jiwa adalah satu pendedahan yang semulajadi. Tapi harus di ingat , jangan sampai nafsu melebihi akal kerana ia sudah melanggar hukum² dan sucinya sebuah percintaan……ewah!!!!
 
Satu lagi yang selalu aku perhatikan, ramai lelaki di luar sana terlalu mengongkong kekasihnya. Come on  la, aku rasa itu satu strategi yang salah. Kan aku dah kata tadi, segala apa yang kita lakukan haruslah besederhana. Dalam erti kata lain tidak terlalu mengongkong dan tak pula sampai mengabaikan.
 
“Ingat lelaki yang kuat adalah lelaki yang tidak termakan pujukan wanita, kerana bodohlah bagi mereka yang termakan hasutan sehingga terjerumus kelembah maksiat”

 
Dan satu lagi ingatka pada janji allah. Setiap umat yang berbuat baik pasti di balas dengan kebaikan. Jadi percayala sekiranya anda ikhlas dlm percintaan anda pastinya yang terbaik menanti anda. Aku selalu ingat pesan bapak aku.
 
“Lelaki yang baik adalah utk wanita yang baik. Itu janji allah , kerana dia maha mengetahui apa yang di aturnya”

 
Jadi apa yang ingin dirisaukan dengan putusnya cinta. Jika anda yang terbaik dan telah memberikan yang terbaik pastinya hubungan yang terputus itu akan disatukan semula. Bagaimana ???…nantikan sambungan nya di episode akan datang. “ Semoga allah merahmati dan merestui percintaan anda diluar sana
 

Setelah memunggah bagasi kedalam boot kereta , kami pun meneruskan perjalanan ke Tenggerang menuju ke rumah team member aku di sana, Jurang Manggu Permai Jakarta Selatan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.
 
“ Rochim , kira kira berapa lama ya mau nyampe”

 

“ Kalu siang pak mau duak jam pak, macet total. Sekarang udah jam setengah duak, setengah jam tigak nanti sampei kok””

 
Didalam kereta kami di sajikan dengan lagu dari kumpulan matta yang berjudul “Kamu Ketauan”, kalu tak silap aku. Apalagi aku secara spontan menyanyi mengikut lagu tersebut.
 
“wah bapak azam kok tau ya lagu-lagu di sini…di radio malaysia ada ya puterin  lagu indonesia”…..

 

“Ya iya la Rochim , rame kok pemuzik di sana ngetop di Malaysia, pake nyediain acara khas Ngetop di radio Malaysia segala” – Ngetop di Era la tu.

 

Kami sebenarnya kurang berbual dek kerana aku masih tidak berapa fasih menggunakan bahasa Indonesia. Lagipun aku pertama kali datang ke Jakarta jadi mata aku melilau memerhatikan keadaan sekeliling dan gelagat orang2 di sekitar. Kami tiba di kawasan Bandar Jakarta dan berhenti di lampu trafik pertama. Kelihatannya ramai peminta sedekah (Kalau di sana di sebut pengamen) yg berlegar2 dari satu kenderaan ke satu kenderaan yang lain sehingga giliran kenderaan kami. Pemandu kami membuka cermin tingkap dan menghulurkan sejumlah RP 1000.
 
“ Kalu disini pak, udah memang biasak kayak gini, rame banget pengamen. Enggak di bagi kasian dong!!! ”  

 
“oooo..…saya jugak selalu nonton kok di televisi, di beritanya disenitronnya jugak ada…

 
Di perjalanan ternyata ramai lagi yang masih beraktiviti, walaupun jam menunjukkan jam 2.00 pagi. Ramai yang masih menjaja di tepi-tepi jalan besar dengan membawa warung bergerak masing2. Ada yang menjual Bakso, Bakmi , asinan,  pempek dan macam2 lagi la. Susah aku ingin gambarkan keadaan di sana yang jauh berbeza dari Malaysia.
 

Setiba di daerah Banten , Tenggerang. Rohim tercari2 alamat rumah member aku tu. Susah jugak nak mencari alamatnya. Hampir setengah jam kami pusing2 mencari alamat. Setelah melalui jalan yang sempit dan berlopak2 kami tiba di kawasan pinggiran kota ia seperti kawasan perumahan menyerupai setinggan tetapi lebih tersusun dan jalan antara rumah yang sempit. Akhirnya kami tiba ke Destinasi dengan selamat dan penuh pengalaman.
 

Selesai sudah tugas aku di Jakarta selama seminggu dan kini aku kembali bertugas di pasir gudang. Berada di Jakarta bagi aku pengalaman yang tidak dapat aku lupakan, mana tidak nya semuanya berlainan dari Malaysia

 Penerbangan aku ditunda dari pukul 10.00 malan ke 11.00 malam pada 15.03.2008. 

 
“ Alamak tunda la plak, pukul berapa aku nak sampai sana ni. Aduh mak aku belum bgtau driver kat sana pasal flight aku delay”

 
Setibanya aku di airport Jakarta, aku jadi panik kerana aku tidak dpt call driver aku di situ…tak pasti dengan setting utk Digi Roarming, kelam kabut dibuatnya. Ramai la orang berkerumun dan ikut aku, bertanya aku mahu kemana. Mereka semua menawarkan khidmat teksi masing². Lagila aku jadi bertambah panik. 
 
“Bapak ini mahu kemana ya , kami bisa kok nganterin”…..

 
Dengan nada selamba aku pun bertutur la bahasa Indonesia, yang aku bnyk pelajari dari menonton sinetron di RCTI , dan SCTV. Maklumla kat johor kan dapat siaran Indonesia. Ekeke  
 
“ Ngak kok pak , saya ada supir kok ngambil, ini lagi di telpon Hape nya. Tapi kok ngak nyambung”  

“Biar saya cobain dong….enggak bisa tu telpon bapak, setting nya ngak bener kalik…”…..

 
 Aku pun bagi la nombor telefon driver dan brother teksi tu terus telefon, setelah tersambung terus dia bagi telefon itu kat aku… aku terus bertanya. 
 
“ Allo pak Rohim ini saya bapak azam , udah sampe di airport ini, di mana kamu” 

“pak saya udah sejam pak di sini, bapak di mana itu…..

 
Setelah beberapa pertanyaan kami pun bertemu , dan Pak Rohim terus menghulur wang sejumlah RP 10,000 kepada brother teksi tadi. Aku terkejut jugak, aik cakap sekejap pun kena bagi duit ke, tadi kata nak tolong. Lantas kami pun berjalan menuju ke kereta. Setibanya di pintu kereta datang lagi beberapa orang mahu menolong mengangkat beg-beg aku tu. Dalam hati aku baik sungguh diorang ni. 
 
“ Pak disini semuanya mau duit doang, ini baru dikit pak nanti bapak bisa ketemu yang lagi dasyat lagi ” 

“oooo gitu ya, nasib baik bapak ada disini kalu enggak, bisa gawat ni”

 
Payah jugak ye berada di Negara orang buat pertama kali , itu baru Indonesia yang sebangsa dan sebahasa belum Negara lain lagi tu. 
 Wah lamanya aku tak menulis dlm blog kesayangan hamba ni , sekarang ni aku terlalu sibuk dengan kerja aku lebih-lebih lagi nak gi Jakarta sabtu ni 15/03/2008. Banyak perkara nak kena prepare sebelum kesana. Prepare dari segi kerja mahupun utk diri sendiri. 
Outstation To Jakarta
 
Teruja pun ada takut pun ada jugak, ialah sedangkan Negara sendiri pun kadang tak selamat inikan pulak Negara orang. Flight dlm pukul 11.00 malam esok dan di jangka mengambil masa 2 jam penerbangan.  
 
          Aku akan berada di sana selama seminggu bagi membolehkan aku dan team member aku membuat pembentangan dan perbincangan mengenai Sistem yang ingin di bangunkan utk mereka. So kawan² kat luar sana doakan la kesejahteraan dan keselamatan aku ye.
 
 
Cakap – cakap Pilihanraya
 
Eh, bercakap pasal pilihanraya haritu aku rasa teruja plak dengan fenomena baru utk Negara kita. Mana tak nya Barisan Alternative bnyk menang, 5 buah negeri tu jatuh ketangan mereka.
 
            Aku bukan apa Cuma ini satu perkembangan yang baik, sekurang-kurang bertambah lagi ahli cerdik pandai dalam Negara kita, dengan adanya kerusi pembangkang ini segala keputusan yang akan di buat dalam pucuk pimpinan mampu di tapis hingga ke akar umbinya. Ini mampu menjadikan sesuatu perkara itu adalah yang terbaik untuk rakyat umumnya dan Negara khasnya. 
 
Duyung di Pawagam
 
            Kita tinggalkan isu pilihanraya dulu ……. Iklan Iklan Iklan dululah. Pada hari mengundi tu aku sempat luangkan masa utk menonton Filem Duyung di pawagam (TGV) Jaya Jusco Tebrau City…..layan je la mcm menarik…. 
 
            Ternyata filem ini cukup seronok utk di tonton , ada kelainan dan membuai perasaan di samping gelak ketawa dan lawak jenaka yang bersahaja dan fresh. Mesej nya juga cukup mengetuk pintu hati dan fikiran akan betapa pentingnya untuk menjaga persekitaran alam sekitar bagi kesejahteraan manusia. 
            Sesiapa yang belum  menonton , aku sarankan luangkan la masa………so sokong la Filem Kita Wajah Kita….hahaha promote lg tu. Utk file ini aku bagi 3½ bintang, cukup la ok apa 3 pointer gak tu. 
          Ok la adios…