Archive for the 'Isu Semasa' Category

Arggghhhhhh!!!! ……. kenapa dlm minggu2 kebelakangan ini aku rasakan mcm ada je yang tak kena je dengan berita dan rancangan di TV , tak kurang juga iklan-iklan radio semuanya mcm berkempen. Kalau nak kempen pasal semua parti tak pe la jugak….ini cuma pro satu parti je…..tak yah la aku nak sebutkan. Untuk itu aku hanya menonton DVD dan memutarkan lagu-lagu dari koleksi CD aku.

Demokrasi ke kita ?……, sungguh tidak adil.

Aku ni bukan la penyokong dan pengundi mana2 parti undi tu rahsia kan tetapi sebagai rakyat malaysia yang telah dididik dan ditanamkan dengan slogan-slogan demokrasi dan keadilan , terasa rimas dengan bahang semua ini. Seperti di sana sini keadilan dan hak bersama telah di robek-robek. pedih bagi yang menentang dan bersoraklah bagi yang menyokong.

Andai kita sebagai pemimpin mengapa takut dengan dakyah pembangkang , mengapa takut menerima teguran dan mengapa perlu sekat laluan pihak lawan. Mengalah bukan bererti kalah , melawan bukan bererti menang. Siarkan lah manifesto pihak lawan , bentangkan la suara mereka , huraikan lah visi dan misi mereka. Agar rakyat dapat menilai seluas-luasnya , memanfaatkan sebaik-baiknya barulah kita boleh berbangga dengan Sistem Demokrasi Berpelembagaan.

Aku disini bukan la sesiapa cuma mahukan sebuah negara merdeka. Sedangkan dalam solat pun kita boleh tegur imam inikan pula etika kepimpinan. Oleh itu walau Parti manapun yang akan  terpilih nanti, pimpin la Negara kita tercinta ini dengan seadil-adilnya , peganglah amanah dan mandat dengan tanggungjawab , pandu la negara kearah kemakmuran dan kemajuan, yang paling Utama kekalkan la ciri-ciri budaya , adat dan Tegakkan la syiar Agama.

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.

Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya. Selain itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di Persatuan Pengguna Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk menghadiri pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang semuanya bernilai RM1,375.77.Zainuddin juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam.

Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran.

Nampaknya kita sebagai umat islam semakin tercabar dengan isu pemakanan ni. Pelbagai isu mengenai Halalan Toiyiba ini di perkatakan dewasa ini. Kadang tu mcm elergik je nak makan ayam atau daging , so setiap hari kena makan ikan, tp bg aku ikan, udang, ketam dan makanan laut yg lain lagi la sedap. Berhati-hati la kita utk memilih makanan , kata orang kita bersederhana dlm hidup ni tak rugi , tak payah makan luar , biar di kata tak style asal kita selamat dari semua ini. Ingat dalam islam pemakanan amat la di titik beratkan , kerana apa yang kita makan akan relate dengan perangai, kesihatan, dan tingkah laku kita.