Author Archive

Berkurun dah aku rasa aku tak mengentri blog aku ni, naik bersarang rasanya. Kesian kan aku dek kerana sibuk dengan kerja sampai aku tak sempat untuk mengemaskini blog aku.

 
Implimenting Microsoff Office Sharepoint  2007 course

Aku sebenarnya sebelum ni bertugas di luar kawasan 27 April lepas aku  gi training di KL kat area PJ selama 3 hari. Not bad gak kursus ni at least aku bley tau pasal technology baru, so senang la kalu company2 besar nak implement portal mereka sendiri.
 
AKTIVITI MENCANDAT SOTONG 31/4/08 – 2/5/08

 
Dalam pada sibuk-sibuk tu yang paling bestnya pada 1/5/2008 sempat jugak aku merehatkan kepala aku pegi ke terengganu utk aktiviti tahunan aku iaitu mencandat sotong. Kali ini aku membawa rakan dari KL dan johor untuk ikut serta dalam aktiviti ini. Aktiviti ini memang aku buat utk tiap tahun.
 
Kat terengganu tu sebenarnya aku ada kakak ipar dan ayah dia nelayan dan mempunyai 2 buah bot. Sebab tu la aku bley gi tiap tahun tapi kali ni aku arrange utk kawan2 aku sekali, ini bukan aktiviti free tau, kenala bayar sket.
 
“pergh tahun ni kira seronok sbb dpt gak aku merasa menaikkan sotong besar, selalunya anak-anak sotong je.”

 
Balik dari bercuti dari terengganu, memang pack la jadual aku tu yang memang tak menyempat nak mengupdate blog tu dengan kelas Public Mutual lagi. Mungkin dalam penghujung bulan Julai aku akan ke Jakarta semula utk melaksanakan tugas aku di sana. Kali ini utk wrap projek , bagi user training dan system live to production.
 
JALAN-JALAN KE KLCC / AQUARIA / EYE ON MALAYSIA , KUALA LUMPUR 7/5/08 – 8/5/08

Pada 7 dan 8 Jun aku sempat berjalan-jalan dan bershopping di KL , tapi memang pack la jadual aku. Sempat jugak la aku ke dataran utk menyaksikan perarakan panji2 di raja pada hari keputraan yang di pertuan Agong. Pada hari yang sama ke KLCC dan ke AQUARIA. Seronok tu menyaksikan pelbagai spesis ikan darat dan laut. Memang menarik dan rugi bagi sesiapa yang belum pernah pergi kesana lagi.
 
Hari kedua tu aku ke Tasik Titiwangsa utk mencuba menaiki Eye on Malaysia dan menyaksikan konsert di sana. Selepas penat menjamu mata kami pun bergegas ke SOGO dan Jalan Masjid India utk bershopping.
 

Setelah memilih tempat untuk duduk , kami terus disediakan dengan pelbagai jenis lauk pauk di atas meja. Inilah cara restoran di sana menyediakan hidangan padang atau aceh , segala lauk yang ada akan di susun di atas meja, rasanya lebih 20 jenis lauk lah. Rasanya restoran padang di Malaysia juga mempraktikan cara sebegini. Mungkin , aku pun tak pernah ke restoran Padang Malaysia.

 
Kemudian kami terus di perkenalkan dengan pelbagai jenis masakan yang membuka selera oleh Om dan Tanter.
 
“ini ada bebek goreng, ayam tangkap, cumi, sambel ijo, rendang aceh, opor ayam,   yang mana mau di cobain zam? ”.

“ mau cobak semua kalik, enak banget kelihatannya ”

 
“ Airnya nanti tanter orderin , harus di cobak ini air, esteler jugak , kopyor pun enak. ”

 
Ternyata memang tidak mengecewakan masakan aceh ini , ada kelainan dan terasa masakan tradisinya. Apa tidaknya sampai 2 kali aku tambah nasi, memang sedap lauk ayam tangkap dengan rendangnya.Huh tidak dapat aku nak gambarkan keenakannya. Inila istimewa di Indonesia makanan tradisinya kalau di Malaysia seperti masakan kampung gitu.
 
Sambil menjamu selera aku memerhatikan keadaan sekeliling restoran , memang cantik susun atur dan hiasan dalamannya, yang paling berlainan siap ada ruang utk solat de sebelah meja makan.
 
Selesai makan aku mencuba Apocat , huh memang sedap gila , memandangkan aku dah kekenyangan jadi air tadi pun aku tak mampu nak habiskan. Appocat ni adalah campuran buah avocado yang di kisar dan coklat susu. Rasanya lemak² manis dan berkrim susah memang nak jumpa kat Malaysia.
 
Diringkaskan cerita memang kami berpuashati la dengan layanan dan masakan Restoran Meutia (Masakan Acheh) ni, memang aku akan datang lagi nanti. Selesai je makan kami terus bergegas ke hotel le Meredien Jakarta.
 
Sampai di hotel kenderaan kami di periksa oleh pengawal di situ (Satpam) , kat Indonesia ni memang ketat keluar masuk hotel kena di periksa beg semua perlu di scan, sejak peristiwa pengebomam hotel JW Marriot tu. So tak hairan la kalau kat sini semua nak kena check utk security jugak.
 
Ok la nanti aku sambung cerita balik ye……..bye.
 
 5. Tersentuh tangan. Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.  
 
6. Urut mengurut. Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.  
 
7. Usik melalui telefon. Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.  
 
8. Suapkan makanan. Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.  
 
9. Betul-betulkan rambut. Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya.  
 
10. Jalan macam itik pulang petang. Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.  
 
11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan. Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.  
 
12. Ops… tuala terlepas Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….  
 
Bersambung Lagi…
Bila kita dah lama kawin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Dibawah ini ada sedikit tips dari saya. Harap-harap anda akan berjaya.
 
1. Cuit-cuit Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.
 
2. Kenyit-kenyit. Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggemberikan hati anda.
 
3. Ops, maaf terpegang. Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.
 
4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air. Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’.
 
5. Tersentuh tangan. Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.
 
6. Urut mengurut. Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.
 
Bersambung……
Aku terus merebahkan diri di atas katil yang sangat empuk itu, suasana di situ nyaman dan mendamaikan dan aku terus terlelap. Mana taknya mengantuk yang teramat sngt. Sedar-sedar aku terbangun dalam pukul 9.30 pagi. Kalau ikutkan mata , mau saja aku teruskan tidur “Pakkal” je rumah orang kan. Aku gagahkan diri  juga untuk bangun dan terus mandi.
 
“lah Pak azam , kok udah jaga, cepet bener , ngak apa2 kok kalu mau nerusin tidurnya ntar nggak cargas lagi mau check-in ke hotel”.

“ Enggak apa² la pak , udah biasa kok kayak gini, lagian udah jam setengah 10 lo, kalu di terusin mau jam berapa siapnya, mendingan mandi aja terus ”

 
Selesai mandi terus kami suami isteri bersiap² kerana hari ini aku akan ke Bandar Jakarta utk check-in di Hotel Le Meridien. Tapi sebelum tu kami bersarapan pagi dulu, dapatla merasa roti bakar bersama jem coklat.
 
Selesai bersarapan apalagi sesi berfoto la, rugi oo kalu tak rakamkan saat2 indah ni…hehehe. Habis setiap ruang rumah tu bini aku posing hahaha……aku akan upload di episode akhir nanti ye…baru la dramatik.
 
Lebih kurang dalam pukul 12.30 aku bertolak dari Jurang Manggu ke Le Meridien Jakarta,perjalanan lebih kurang 45 minit. Perghhh!!!!! Satu perjalanan yang sangat mendebarkan….itu la kalu pertama aku berada di jalanraya pada siang hari.
 
Om Hasnan memulakan perjalanan nya melalui jalan pinggiran kota , kalu di Malaysia…mcm lalu kat rumah² setinggan mcm tu, jalan memang sempit memang muat² satu kenderaan kalu ada 2 kenderaan alamatnya kena la mengundur balik…..
 
Aku memang sampai tak terkata , aku hanya memerhatikan gelagat dan meratapi hiruk pikuknya kehidupan kota , di tepi2 sungai dan jalan besar aku tengok ramai yg seakan tak ada rumah. Hanya berbekalkan dengan kereta tolak sebagai tempat penginapan bergerak mereka. Ada yang sedang menyusukan anak tak kurang pula yang sedang tidur. Pendek kata memang kesian dan tak sampai hati
 
Apa yang aku boleh katakan “Memang Dasyat”. Kenderaan yang berpusu² dan bersimpang siur, pendek kata memang havoc dan crowded la. Berbeza dari Malaysia , kalu di sana kenderaan atau pejalan kaki memang mudah utk memasuki simpang atau jalan, kerana orang belakang pasti akan bagi jalan punya. kalu kat Malaysia kompom dah kena langgar paling tak pon mesti kena hon. Selamba jer diaorang  melintas jalan. Memang membuat jantung berdegup kencang, pendek kata cuak gila la.
 
“azam , kok dari tadi ngak ngomong², apa ngak ada yang mau ditanyak?”

 
“ngak tau kok pak apa yang mau di tanyak,” -  aku sampai tak terkata. Sbb tu dialog tak bnyk utk episode kali ni.

 
Sebelum check-in di hotel kami singgah di Restoran Aceh (Restoren Meutia) untuk makan tengahari kami….hmmmm memang menyelerakan….semua memang sedap2 belaka…..ok la apa menu yang kami makan , apa yg  sedap..aku akan ceritakan lagi utk episode akan datang…