Jadi diriku…..

Ini merupakan ruangan salam perkenalan AKU kepada KAMU..mungkin ianya sedikit tersasar dari landasan biasanya kerana AKU akan menulis menggunakan bahasa yg tak berapa nak puitis…dan AKU akan menulis sampai KAMU betul² mengenali siapa AKU…… untuk itu selamat memasuki alam sastera jiwa - versi siapa saya dengan tajuk Jadi Diriku.

Dari KL ke Pasir Gudang.

Nama aku  Sahnizam bin Nasiman , berasal dari Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi johor. Anak kelima dari 7 orang adik beradik. Aku yang tengah² abang dua , kakak dua , dan adik dua orang.Mak Ayah aku orang orang jawa sebab tu nama bapak aku dah terserlah kejawaannya….hahahha dan sekarang aku tinggal di Pasir Gudang dan bekerja di salah sebuah kilang chemicals di Pasir Gudang  sebagai IT Executive, Business System & Intergration. Kerja aku more on software , aku cover web base system menggunakan JSP/Javascript dan Java , ABAP language bagi SAP System. Programming ni dah jadi asam garam kehidupan aku sejak aku bekerja di sektor Teknologi Maklumat .

Bermula dengan jawatan sebagai Technicion Computer dan Associate Network Engineer  aku terjun dlm bidang pengaturcaraan yang lebih mencabar dan selepas itu aku mulakan langkah baru dengan menjawat jawatan sebagai Analyst Programmer di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Kerjaya IT aku bermula di Kuala Lumpur , selepas 2 tahun bekerja aku ditawarkan bekerja di syarikat IT bumiputera sebagai Associate Software Engineer antara yang ternama dan sebaris dengan nama² besar seperti IBM , HitechPadu , MIMOS dll.

Setelah hampir 8 tahun bermastautin di Kuala Lumpur dan pengalaman bekerja hampir 5 tahun aku terasa seperti hidup aku semakin bercelaru dek hiruk pikuk sibuknya bandaraya Kuala Lumpur. “Arghh aku dah tertekan hidup kat bandar gila ni” , lebih² lagi dengan tekanan di tempat kerja dan kerja aku sendiri. Terlalu banyak komplikasi dalam pekerjaan aku sehinggakan aku menjadi terlalu depressed sehingga hilang pertimbangan dan kawalan dalam membuat keputusan.

Apa taknya orang kata “No Life,kerja  kerja kerja“, datang  awal pagi balik lewat malam tu dah jadi sebahagian rutin hidup aku. Biasa la masa tu jiwa muda lagi , bergejolak di sana sini, berontak dan ketidakpuasan berlegar di setiap benak. Walaupun masa tu aku sudah bertunang tapi jiwa muda aku mematikan akal hanya nafsu dan amarah bermain di fikiran.

   ” Arghhh….lantak la situ , aku dah x sanggup dah hidup mcm ni….berenti je la balik kampung lagi bagus

 Aku mengambil keputusan utk balik kampung dan meninggalkan kerjaya yang telah lama aku bina , kawan dan tunang tersayang dengan harapan ada sesuatu yang lebih baik menanti aku.

Bersambung……

Kalu nak berhubung dengan aku boleh la email di mymasqulynez@gmail.com atau YM aku azam_riey@yahoo.com

Kan Ku bina mahligai itu……..
Ku buka mata ini ,  menjeling ke muka pintu ,
Ternyata cahaya memantulkan sinarannya di celah-celah ruang dan sudut itu.
Itu la aku yang sering di landa kelu , tak mengenal lesu dan sendu ,
Aku gagahkan diri meniti hari-hari ku,
Mengenang keadilan tuhan yang maha pencipta ,
Seribu kekuatan terselindung di sebalik kelemahan.
Itu la aku yang kadang buntu mencari sesuatu di dalam diriku..
Namun setelah lama bergelumang jerih, 
Kini terburai segala kekusutan…
Dan aku semakin yakin untuk
Jadi diriku

Menerobos Sempadan Waktu

↑ Grab this Headline Animator

Coretan ini mempunyai 4 komen. Masukkan info anda.
al-momok - 04 Feb 08 at 15:05:56

do by ur own reason…

admin - 06 Feb 08 at 15:58:00

tak paham la momok , details kan la sket….

alphariz - 04 Mar 08 at 16:23:19

i know what u do last summer..
heha…

Azam - 05 Mar 08 at 08:46:27

hehehe….sabar la walau dah tau nanti aku cerita la jugak….hehehe….tau la aku pernah jual cendol ngan tanam serai…huhuhu