|
Berkurun dah aku rasa aku tak mengentri blog aku ni, naik bersarang rasanya. Kesian kan aku dek kerana sibuk dengan kerja sampai aku tak sempat untuk mengemaskini blog aku.
|
| |
| Implimenting Microsoff Office Sharepoint 2007 course |
|
| Aku sebenarnya sebelum ni bertugas di luar kawasan 27 April lepas aku gi training di KL kat area PJ selama 3 hari. Not bad gak kursus ni at least aku bley tau pasal technology baru, so senang la kalu company2 besar nak implement portal mereka sendiri. |
| |
| AKTIVITI MENCANDAT SOTONG 31/4/08 – 2/5/08 |
|
| |
| Dalam pada sibuk-sibuk tu yang paling bestnya pada 1/5/2008 sempat jugak aku merehatkan kepala aku pegi ke terengganu utk aktiviti tahunan aku iaitu mencandat sotong. Kali ini aku membawa rakan dari KL dan johor untuk ikut serta dalam aktiviti ini. Aktiviti ini memang aku buat utk tiap tahun. |
| |
| Kat terengganu tu sebenarnya aku ada kakak ipar dan ayah dia nelayan dan mempunyai 2 buah bot. Sebab tu la aku bley gi tiap tahun tapi kali ni aku arrange utk kawan2 aku sekali, ini bukan aktiviti free tau, kenala bayar sket. |
| |
| “pergh tahun ni kira seronok sbb dpt gak aku merasa menaikkan sotong besar, selalunya anak-anak sotong je.” |
|
| |
| Balik dari bercuti dari terengganu, memang pack la jadual aku tu yang memang tak menyempat nak mengupdate blog tu dengan kelas Public Mutual lagi. Mungkin dalam penghujung bulan Julai aku akan ke Jakarta semula utk melaksanakan tugas aku di sana. Kali ini utk wrap projek , bagi user training dan system live to production. |
| |
| JALAN-JALAN KE KLCC / AQUARIA / EYE ON MALAYSIA , KUALA LUMPUR 7/5/08 – 8/5/08 |
|
| Pada 7 dan 8 Jun aku sempat berjalan-jalan dan bershopping di KL , tapi memang pack la jadual aku. Sempat jugak la aku ke dataran utk menyaksikan perarakan panji2 di raja pada hari keputraan yang di pertuan Agong. Pada hari yang sama ke KLCC dan ke AQUARIA. Seronok tu menyaksikan pelbagai spesis ikan darat dan laut. Memang menarik dan rugi bagi sesiapa yang belum pernah pergi kesana lagi. |
| |
| Hari kedua tu aku ke Tasik Titiwangsa utk mencuba menaiki Eye on Malaysia dan menyaksikan konsert di sana. Selepas penat menjamu mata kami pun bergegas ke SOGO dan Jalan Masjid India utk bershopping. |
| |
« Semalam Di Jakarta…episod 5 |
yerla selepas kuat bekerja dan bekerja dalam jangka masa yang panjang dapat juga merehatkan fikiran dan badan.
ini akan membuatkan kita lebih semangat selepas itu.
itu sudah semestingya. dalam hidup kita ni mesti kena Relax , Rawat dan recharge. Ini semua penting utk merehatkan minda kita setelah stress bekerja seharian….
kalo nk stress time cuti pun bleh kne stress..
ooo ye ke..aku tak pernah plak stress masa cuti… seronok adalah. kalu cuti pun stress baik tak yah cuti…
jadi sebelum cuti tu kena la tengok masa jugak. lagi lagi la cuti yg orang belanja..mcm gi KL tu memang fully support la…
hmm skrg ni pun tgh stress punggut utang nk g bercuti …