|
Tempohari saya ada memberikan hujah bahawa semasa di alam percintaan adalah waktu yang paling baik dalam proses perhubungan semulajadi. Bukan sahaja dapat mengenal pasangan sesame sendiri namun ia adalah proses mengenal diri dan mengatur sikap , gaya , tingkah laku malahan tutur kata dan keyakinan diri dapat di praktikkan. Hebat bukan dengan penangan cinta ???
|
| |
| “Kira mcm nak atur strategi la jugak, masa ni la korang bermadah , ada yang berpuisi. Pendek kata jiwang karat beb” |
|
| |
| Oleh itu , bagi yang sedang bercinta sakan diluar sana jadikan ianya sebagai satu sumber inspirasi dan mampu membina sahsiah diri. Namun jangan jadikan ia sebagai satu yang negatif di mata masyarakat. Kata orang bercinta la dengan penuh khemah dan yang paling penting mestilah berlandaskan syariah. |
| |
| “ingat tu adik², abg² ,kak long, kak ngah, jangan sesekali kita mengenepikan nilai2 ketimuran dan keislaman. Barulah cinta itu boleh di gelar cinta sejati” |
|
| |
| “alah…sekarang zaman dah moden, bercinta pun dah ikut budaya barat, itu yang gejala sosial bersepah²” |
|
| |
| Bagi yang wanita jaga lah maruah diri sebagai seorang wanita sejati, tetapkanla pendirian anda kepada pasangan anda dan mulalah belajar berdikari. Bagi yang pria hormatilah pasangan anda sebagai seorang wanita, bimbing la mereka sekirannya ada kepincangan yang tidak disengaja. |
| |
| Namun, andainya perpisahan terjadi di tengah jalan doakanlah kekasih anda agar ianya bertemu dengan seorang lelaki yang lebih baik dari anda. Barula ini dikatakan “gentle dan macho”. Kerana walaupun apa keadaannya kita tetap menginginkan yang terbaik untuk orang yang kita sayangi. |
| |
| Setelah itu relakan dan berilah dia masa untuk mengisi kekosongan dan kekurangan yang ada dengan pasangan lain. Dan ingatlah sekiranya jodoh anda telah ditetapkan bersama si dia walaupun dah “clash” bermakna andalah yang terbaik di hatinya.. |
| |
| Maka, tanyalah hati anda “Tepuk dada tanyalah iman” dan sekiranya anda juga tidak bertemu yang lebih baik dari dia. Nahhhh itula yang dinamakan jodoh. Hmmmm disinilah satu momen yang sangat sesuai utk anda mengatur perhubungan yang lebih serius |
| |
| Bagaimana, adakah anda sudah bersedia ????, |