Setelah memilih tempat untuk duduk , kami terus disediakan dengan pelbagai jenis lauk pauk di atas meja. Inilah cara restoran di sana menyediakan hidangan padang atau aceh , segala lauk yang ada akan di susun di atas meja, rasanya lebih 20 jenis lauk lah. Rasanya restoran padang di Malaysia juga mempraktikan cara sebegini. Mungkin , aku pun tak pernah ke restoran Padang Malaysia.

 
Kemudian kami terus di perkenalkan dengan pelbagai jenis masakan yang membuka selera oleh Om dan Tanter.
 
“ini ada bebek goreng, ayam tangkap, cumi, sambel ijo, rendang aceh, opor ayam,   yang mana mau di cobain zam? ”.

“ mau cobak semua kalik, enak banget kelihatannya ”

 
“ Airnya nanti tanter orderin , harus di cobak ini air, esteler jugak , kopyor pun enak. ”

 
Ternyata memang tidak mengecewakan masakan aceh ini , ada kelainan dan terasa masakan tradisinya. Apa tidaknya sampai 2 kali aku tambah nasi, memang sedap lauk ayam tangkap dengan rendangnya.Huh tidak dapat aku nak gambarkan keenakannya. Inila istimewa di Indonesia makanan tradisinya kalau di Malaysia seperti masakan kampung gitu.
 
Sambil menjamu selera aku memerhatikan keadaan sekeliling restoran , memang cantik susun atur dan hiasan dalamannya, yang paling berlainan siap ada ruang utk solat de sebelah meja makan.
 
Selesai makan aku mencuba Apocat , huh memang sedap gila , memandangkan aku dah kekenyangan jadi air tadi pun aku tak mampu nak habiskan. Appocat ni adalah campuran buah avocado yang di kisar dan coklat susu. Rasanya lemak² manis dan berkrim susah memang nak jumpa kat Malaysia.
 
Diringkaskan cerita memang kami berpuashati la dengan layanan dan masakan Restoran Meutia (Masakan Acheh) ni, memang aku akan datang lagi nanti. Selesai je makan kami terus bergegas ke hotel le Meredien Jakarta.
 
Sampai di hotel kenderaan kami di periksa oleh pengawal di situ (Satpam) , kat Indonesia ni memang ketat keluar masuk hotel kena di periksa beg semua perlu di scan, sejak peristiwa pengebomam hotel JW Marriot tu. So tak hairan la kalau kat sini semua nak kena check utk security jugak.
 
Ok la nanti aku sambung cerita balik ye……..bye.
 
Coretan ini mempunyai 6 komen. Masukkan info anda.
fizah hamid - 25 Apr 08 at 08:13:25

restoran padang kat mesia ni pun praktik cara yg sama jugak..byk lauk pauknya..pas tu kita pilih la yg mana kita nak…terasa keenakan masakan padang…hehehe

al-momok - 28 Apr 08 at 00:54:07

aku pernah sampai padang… tp aku tetap cakap melayu walaupn aku ni jawa… kekadang tu aku cakap jawa laa ehhehehe.. :D

alphariz - 01 May 08 at 16:44:36

aku pun pernah sampai padang..
padang besar…

Azam - 05 May 08 at 14:42:29

maaf la tak reply lama, tak sempat.aku gi training kat kl so tak menyempat nak tengok blog sendiri

fiza - ooo ye ke fiza…maklumla tak pernah aku gi restoran padang kat mesia ni…nanti boleh la ko bawak aku ye makan kat situ…kat johor ni ada ke…mungkin kat kl je kot bnyk.

Momok - tak pe la mok aku belajor ckp indon , aku kesana kan atas urusan keje..jadi aku kena la belatih ngomong.baru senang nak berurusan dengan orang2 kat sana….

alphariz - hehehe….boleh la tu…padang besar pun padang gak kan…hehehehe.

alphariz - 14 May 08 at 20:06:10

tulah..aku yg kt kl ni pun xjumpe lg restoran padang..
kalo mesti nk cube punye..

alphariz - 17 May 08 at 12:20:10

semalam indon sudah kalah separuh akhir piala thomas..
malaysia jugak kalah..