Mungkin ada yang diluar sana sedang mengalami momen² percintaan dan tak kurang pula yang sedang dilanda ribut putusnya cinta. Apa yang hendak di tangiskan dan di kesalkan, “Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor” – Jodoh dan pertemuan itu kan di tangan tuhan, kenapa mau berantakan.

 
Teringat aku dulu masa mula² bercinta semasa zaman di kolej dulu. Tak sangka ramai jugak peminat aku ni, ntah la apa yang menarik pada diri aku ni pun aku tak pasti. Pastinya hanya gadis² itu yang mengerti apa pilihan mereka.
 
Didalam percintaan sebenarnya jangan la kita terlalu beriya² dan terlalu ikutkan perasaan.Apa yang perlu hanyalah menjalani proses itu dengan tenang dan selamba. Ingat pesan aku ini….
 
“Cintailah diri mereka sederhana adanya , kerana kekecewaan pastinya tidak menghambat andainya terputus hubungan dan musuhi la mereka sesederhana mungkin, kerana yang renggang itu akan tercantum kembali”

 
Percintaan di alam remaja sememangnya satu proses yang baik , kerana disitulah kita belajar erti kehidupan akan datang. Memahami antara dua insan yang berbeza jiwa adalah satu pendedahan yang semulajadi. Tapi harus di ingat , jangan sampai nafsu melebihi akal kerana ia sudah melanggar hukum² dan sucinya sebuah percintaan……ewah!!!!
 
Satu lagi yang selalu aku perhatikan, ramai lelaki di luar sana terlalu mengongkong kekasihnya. Come on  la, aku rasa itu satu strategi yang salah. Kan aku dah kata tadi, segala apa yang kita lakukan haruslah besederhana. Dalam erti kata lain tidak terlalu mengongkong dan tak pula sampai mengabaikan.
 
“Ingat lelaki yang kuat adalah lelaki yang tidak termakan pujukan wanita, kerana bodohlah bagi mereka yang termakan hasutan sehingga terjerumus kelembah maksiat”

 
Dan satu lagi ingatka pada janji allah. Setiap umat yang berbuat baik pasti di balas dengan kebaikan. Jadi percayala sekiranya anda ikhlas dlm percintaan anda pastinya yang terbaik menanti anda. Aku selalu ingat pesan bapak aku.
 
“Lelaki yang baik adalah utk wanita yang baik. Itu janji allah , kerana dia maha mengetahui apa yang di aturnya”

 
Jadi apa yang ingin dirisaukan dengan putusnya cinta. Jika anda yang terbaik dan telah memberikan yang terbaik pastinya hubungan yang terputus itu akan disatukan semula. Bagaimana ???…nantikan sambungan nya di episode akan datang. “ Semoga allah merahmati dan merestui percintaan anda diluar sana
 
Coretan ini mempunyai 6 komen. Masukkan info anda.
acai - 03 Apr 08 at 19:10:08

wah, macam doktor cintalah bro,hehe..:) yg penting kalau nak seorang isteri yg baik, kita kenalah jadi org yg baik jugakan..teringat masa putus cinta dulu, frust giler tp bila dia nak kembali tak ingin plak rasenya,hehehe

Azam - 04 Apr 08 at 09:16:54

Bukan Doktor cinta tapi sekadar berkongsi cerita dari pengalaman sendiri dan rakan2. Ye betul tu acai , isteri itu adalah kembar kepada kita, buruk baiknya kita kena terima seadanya. Tak ingin disebabkan sudah berjumpa yang lebih baik ke atau kerana EGO??…jawab

megat - 06 Apr 08 at 15:02:07

Bukan senang untuk buat pilihan. Jodoh maut ditangan tuhan.

Tapi kita perlu berusaha ke arahnya jika suka seseorang.

Tak bermakna apa-apa jika putus cinta lepas tu merana. Hidup mesti diteruskan dan cinta akan datang dengan cara uang paling manis.

Azam - 07 Apr 08 at 09:38:54

Betul tu Professor Love.Sokong 100%…habisla doktor cinta kalu dah professor dah bagi hujah.

Ia kenalah berusaha untk mendapatkan sesuatu,tetapi sekiranya gagal tidak bermakna gagal selamanya.

Allah itu kan lebih tau apa yang terbaik kepada hambanya…..

alphariz - 08 Apr 08 at 13:08:17

dokter cinta pun kalah..dgn professor Love yg teori jer terer..hehe

mattkic - 14 Apr 08 at 16:40:57

prof. love.. patutlah berlambak orang minat masa kat kolej..kan aku dah kata kau kacak..sekali 40 kali aku kata kau kacak, get ready lah sign kontrak untuk jadi model kiki lala..

btw, nice writing