Setelah memunggah bagasi kedalam boot kereta , kami pun meneruskan perjalanan ke Tenggerang menuju ke rumah team member aku di sana, Jurang Manggu Permai Jakarta Selatan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.
 
“ Rochim , kira kira berapa lama ya mau nyampe”

 

“ Kalu siang pak mau duak jam pak, macet total. Sekarang udah jam setengah duak, setengah jam tigak nanti sampei kok””

 
Didalam kereta kami di sajikan dengan lagu dari kumpulan matta yang berjudul “Kamu Ketauan”, kalu tak silap aku. Apalagi aku secara spontan menyanyi mengikut lagu tersebut.
 
“wah bapak azam kok tau ya lagu-lagu di sini…di radio malaysia ada ya puterin  lagu indonesia”…..

 

“Ya iya la Rochim , rame kok pemuzik di sana ngetop di Malaysia, pake nyediain acara khas Ngetop di radio Malaysia segala” – Ngetop di Era la tu.

 

Kami sebenarnya kurang berbual dek kerana aku masih tidak berapa fasih menggunakan bahasa Indonesia. Lagipun aku pertama kali datang ke Jakarta jadi mata aku melilau memerhatikan keadaan sekeliling dan gelagat orang2 di sekitar. Kami tiba di kawasan Bandar Jakarta dan berhenti di lampu trafik pertama. Kelihatannya ramai peminta sedekah (Kalau di sana di sebut pengamen) yg berlegar2 dari satu kenderaan ke satu kenderaan yang lain sehingga giliran kenderaan kami. Pemandu kami membuka cermin tingkap dan menghulurkan sejumlah RP 1000.
 
“ Kalu disini pak, udah memang biasak kayak gini, rame banget pengamen. Enggak di bagi kasian dong!!! ”  

 
“oooo..…saya jugak selalu nonton kok di televisi, di beritanya disenitronnya jugak ada…

 
Di perjalanan ternyata ramai lagi yang masih beraktiviti, walaupun jam menunjukkan jam 2.00 pagi. Ramai yang masih menjaja di tepi-tepi jalan besar dengan membawa warung bergerak masing2. Ada yang menjual Bakso, Bakmi , asinan,  pempek dan macam2 lagi la. Susah aku ingin gambarkan keadaan di sana yang jauh berbeza dari Malaysia.
 

Setiba di daerah Banten , Tenggerang. Rohim tercari2 alamat rumah member aku tu. Susah jugak nak mencari alamatnya. Hampir setengah jam kami pusing2 mencari alamat. Setelah melalui jalan yang sempit dan berlopak2 kami tiba di kawasan pinggiran kota ia seperti kawasan perumahan menyerupai setinggan tetapi lebih tersusun dan jalan antara rumah yang sempit. Akhirnya kami tiba ke Destinasi dengan selamat dan penuh pengalaman.
 

Coretan ini mempunyai 6 komen. Masukkan info anda.
asuhara sue - 03 Apr 08 at 12:58:10

rasanya, ini pertama kali saya melawat blog ni. Amboi mcm pro ye ckp bahasa indonesia! Tu lah kelebihan duduk JB kan, untung2 x perlukan astro pun dah byk pilihan saluran tv.

Selamat berkelana! dan selamat pulang ke Malaysia dengan selamatnya!

Azam - 03 Apr 08 at 14:14:51

Terima kasih cik sue kerana sudi menjenguk ke laman saya ini. harap selalu la ye memberikan komen yang bernas dan membina kerana saya masih baru di arena ini. salam perkenalan juga. Alhamdulillah selamat sampai ke tanahair tercinta , dlm bulan julai mungkin akan kesana semula.

megat - 06 Apr 08 at 14:57:18

Bagus! Pengalaman yang menarik untuk dikongsi!

p/s : semakin bagus penulisan ko zam. tahniah!

Azam - 07 Apr 08 at 08:42:57

Pengalaman ke Jakarta tidak akan aku lupakan sampai bila2, dan aku ingin sekali berkongsi pengalaman ini kerana ada meseg yang bagus utk di didengar.

Aku masih lagi mencari2 dan mempelajari teknik2 penulisan yang betul. Terima kasih diatas sokongan dan tunjuk ajar.

alphariz - 07 Apr 08 at 17:30:06

emmm bile nk ajak aku g jakarta plk..

Azam - 07 Apr 08 at 17:42:00

hehehe….buat passport dulu, baru senang nanti aku nak ajak..kalu tak dpt gi jakarta gi Batam pun ok la… hehehe