Wah lamanya aku tak menulis dlm blog kesayangan hamba ni , sekarang ni aku terlalu sibuk dengan kerja aku lebih-lebih lagi nak gi Jakarta sabtu ni 15/03/2008. Banyak perkara nak kena prepare sebelum kesana. Prepare dari segi kerja mahupun utk diri sendiri. 
Outstation To Jakarta
 
Teruja pun ada takut pun ada jugak, ialah sedangkan Negara sendiri pun kadang tak selamat inikan pulak Negara orang. Flight dlm pukul 11.00 malam esok dan di jangka mengambil masa 2 jam penerbangan.  
 
          Aku akan berada di sana selama seminggu bagi membolehkan aku dan team member aku membuat pembentangan dan perbincangan mengenai Sistem yang ingin di bangunkan utk mereka. So kawan² kat luar sana doakan la kesejahteraan dan keselamatan aku ye.
 
 
Cakap – cakap Pilihanraya
 
Eh, bercakap pasal pilihanraya haritu aku rasa teruja plak dengan fenomena baru utk Negara kita. Mana tak nya Barisan Alternative bnyk menang, 5 buah negeri tu jatuh ketangan mereka.
 
            Aku bukan apa Cuma ini satu perkembangan yang baik, sekurang-kurang bertambah lagi ahli cerdik pandai dalam Negara kita, dengan adanya kerusi pembangkang ini segala keputusan yang akan di buat dalam pucuk pimpinan mampu di tapis hingga ke akar umbinya. Ini mampu menjadikan sesuatu perkara itu adalah yang terbaik untuk rakyat umumnya dan Negara khasnya. 
 
Duyung di Pawagam
 
            Kita tinggalkan isu pilihanraya dulu ……. Iklan Iklan Iklan dululah. Pada hari mengundi tu aku sempat luangkan masa utk menonton Filem Duyung di pawagam (TGV) Jaya Jusco Tebrau City…..layan je la mcm menarik…. 
 
            Ternyata filem ini cukup seronok utk di tonton , ada kelainan dan membuai perasaan di samping gelak ketawa dan lawak jenaka yang bersahaja dan fresh. Mesej nya juga cukup mengetuk pintu hati dan fikiran akan betapa pentingnya untuk menjaga persekitaran alam sekitar bagi kesejahteraan manusia. 
            Sesiapa yang belum  menonton , aku sarankan luangkan la masa………so sokong la Filem Kita Wajah Kita….hahaha promote lg tu. Utk file ini aku bagi 3½ bintang, cukup la ok apa 3 pointer gak tu. 
          Ok la adios…
Coretan ini mempunyai 3 komen. Masukkan info anda.
mattkic - 14 Mar 08 at 14:27:57

wah wah wah…nak gi jakarta ker..seronot lah kau honeymoon gaban kat sana yerk.. kejenya 3 hari..cuti berjalannya 4 hari..mmg sakan lah ko..huhuh..

Pasal pilihanraya pulak.. aku pun rasa ada baiknya pembangkang menang 5 kerusi.. Sekurang2nya dapat lah aku lihat berjayakah mereka menjalankan kerajaan mereka dengan baik berdasarkan manifesto mereka buat semasa pilihanraya… ehehe.. yang paling aku nak tgk skali..berjayakah 5 negeri ini mengurangkan kadar jenayah..huhu..

Azam - 14 Mar 08 at 15:59:02

hmmm….ya iyalaa…cuti-cuti indonesia , jangan marah ye kang mas…..gue kesana sebentar ja……aduhhh seru banget…

Betul tu …..sebenarnya kalu kehidupan kita ni stabil kewangan pun akan jadi stabil. tapi bila kos dah tak stabil semua jadi berantakan. sbb tu kes jenayah makin menjadi2….

alphariz - 21 Mar 08 at 21:43:42

hye..dah balik lum?
ade gak blikan kt aku ole2 dr jakarta..
heha