Archive for February 2008

Kepada ………
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

 

Assalamu’alaikum Wr Wb
Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

 

Saya, yang bernama ………… … menginginkan anda ………… … untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

 

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha  mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

 

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

 

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.

 

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

 

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

 

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

 

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

 

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

 

Wassalamu’alaikum Wr Wb

Feb 20

Tempe lagi!!

7 comments - Post a comment

Kalau megat dengan penangan tempe nye aku plak nak share resepi tempe goreng tepung , kalu megat  plak isterinya orang jawa , aku plak memang anak jawa. “Sopo-sopo seng arek ngomong jowo aku iso kok duduh no….heheheh” dulu kawan memang pernah jadikan resepi ni utk bisnes tp sekarang dah tak lagi….ni ciptaan aku sendiri…gerenti meletup.
 

Bahan-Bahan
1) Tepung Beras 1 Kilo
2) Tepung Jagung 2-3 sudu.
3) Kapur masakan (dlm suku cawan) - ni yg dah siap di kacau dlm air bukan kapur semata2.
4) Telur sebiji
5) Gula 1 sudu - jika suka
6) Garam secukup rasa
7) ikan bilis tumbuk dlm 2 sudu.
8) bawang putih dlm 3 ulas
9) ketumbar 2 sudu. ditumbuk
10) Jintan 1/2 sudu. ditumbuk
11) Lada cili serbuk - 4 sudu - ikut tahan pedas.
12) 1 bijik limau kasturi.
13) serbuk perasa /ajinomoto.

Bahan Tambahan

racik daun kari / daun ketumbar / daun sadri. (pilih mana suka)

Cara - cara.

-Basahkan tempe dengan air yg berisi garam dan ditoskan.
-Gaul tepung beras dengan tepung jagung bersama kapur yg sudah dikacau dengan air.
-masukkan air dan kacau sehingga tepung betul sebati dengan air..
-pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat….
-setelah itu pecahkan sebiji telur , serbuk perasa dan masukkan garam secukup rasa.
-perahkan air limau kasturi (sebelah sahaja)….ini utk menghilangkan rasa hanyir telur…dan lagi sedap.
-tepuk tepung sehingga naik sedikit dan mengeluarkan buih.
-setelah itu masukkan bahan2 seperti ikan bilis tumbuk , ketumbar , jintan , bawang putih , cili serbuk…
-dan di gaul sehingga sebati dengan adunan.

-akhir sekali masukkan daun kari / daun ketumbar / atau daun sadri - tak nak letak pun tak pe….
-kacau semula….

-lepas tu..boleh la panaskan minyak dalam kuali..utk hasil yg cantik…minyak yg dipanaskan akan tenggelamkan tempe kita tadi…
-setelah minyak panas…masukkan sebelah lagi hirisan limau kasturi kedalam minyak -tujuan nya utk membuat tepung kita berbunga2.
-boleh lah celupkan tempe dan di goreng.

So selamat mencuba la…

Semasa lawatan staff Titan , belia Pasir Gudang dan TV3 ke Taman Cendana. Mula2 saya terpikir ada lagi ke orang susah kat Pasir Gudang ni.Lagila kat flat Taman Cendana tu. Kalo tengok kat parking tu memang penuh ngan keta yang bole tahan mewahnya.Rupa2nya ramaila.. Kat Taman Cendana tu la tempat diorang berlindung.Cuma 3 rumah yang kami ziarah semalam. Saya diberitahu ada lebih kurang 250 buah keluarga yang masuk kategori terlalu miskin.  

Rumah 1:
Duduk kat tingkat 5. Ibu 4 orang anak. Yang paling besar umur 10 tahun. Yang paling kecik umur 4 tahun. Suami ada kat penjara atas kesalahan kes cabul.Ibu berumur dalam 30an. Tak mampu bekerja sebab takde orang nak jaga anak2.Bantuan yang ada hanyalah bantuan JKM. RM 150 sebulan & dibayar 4 bulan sekali. Sewa umah sahaja dah RM115 sebulan.Api & air dah setahun kena potong. Harapkan ehsan jiran2 untuk dapatkan air. Dah setahun jugala pakai pelita.Waktu kitorang smpai semalam dah 3 hari diorang  tak makan nasi.Apabila kami berikan beras cepat2 si ibu masak. Makan nasi ngan kicap je. Tapi diorang punya selera macam dapat makan KFC.Yang sedihnya pakai dapur arang je. Tu pn kalo arang tak mampu nak beli, si anak g kutip ranting-ranting pokok kat tepi jalan tu..Tingkap dapur pn dah lopong. Cover ngan baju buruk je. Habis sume cermin tingkap dijual demi nak dapatkan sesuap nasi…

Rumah2:
Ibu tua umur 52 tahun. Suami dah meninggal. Ada empat orang anak semua terencat. Umur antara 21 hingga 33 tahun.Si ibu pun dah hampir terencat juga pasal tekanan hidup.. Tak sanggup nak citer.. Gambar pun tak sanggup nak amik… Sedih oo..

Rumah 3:
Si ibu berumur 48 tahun. Ada sorang anak lelaki terencat umur 20an. Sebenarnya dia ada sorang lagi anak pompuan tapi sejak dah kahwin tak pernah balik2. Malu kot kot asal dari keluarga miskin. Waktu kami datang si ibu sedang bekerja.. Tinggal si anak yang terencat jer..
Pun tak sanggupla nak citer.. Mengalir jugala air mata.. Tak sangka di kawasan perindustrian yang menjanjikan banyak peluang pekerjaan & kemudahan amal ni masih ada lagi yang hidup melarat macam tu. Yang kitorang lawat baru 3. Bayangkanla kat Flat Taman Cendana sahaja ada 250 keluarga miskin macam tu beb..Yang peliknya manala pergi bantuan2 yang diamanahkan untuk diberikan kepada mereka waktu mereka ni memerlukan ye…Ntahla..
  » Read more after the jump →

Teringat masa dulu-dulu zaman persekolahan dan remaja , secara tak langsung mengingatkan aku tentang perkembangan muzik rock di malaysia yang di gelar Rock Kapak. Masa ni muzik Rock di malaysia memang digilai muda-mudi zaman itu. Kumpulan muzik rock bercambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Mana tak nya semua berlumba-lumba utk menumbuhkan kumpulan rock masing-masing.

Tentu kita masih ingat dengan kumpulan yang top ni di awal 90-an seperti Visa, Analisa, Gravity, Ekamatra, Lestari - [Sekelip mata kau berubah], zabarjad - [Karam], Samudera, Terrarosa, Bloodshed , Illusi , Blackrose [penantian], Dinamik [Antara gadis], Mega, Melissa [Cinta untk Nabila] , Crossfire , Spinraza , Meditasi [Biar Putih Mata], May [Cintamu mekar dihati], U-Topia, Rio, Junction , Love hunters , RustyBlade, Leon, Evolusi , Axls [Andai dapat ku undur masa], G.E.T, XPDC, BPR, Kulit, Tropika, Ann [Cinta Melankolia], Gersang, Fotograf, Mega, Junction , Slash [Taman Astakona] , Iklim , Desire , Helter Skelter , Ababil , Projek , Tropika [Cinta Pantai Merdeka], May [Cintamu mekar dihati], Success, Laksamana dan bnyk lagi kot.

Diikuti dengan akhir 90-an Sweetchild, Scoin , Budak Kaca mata, Teja, Screen, Spin, EYE, Stings , Lemon-T, Data, Arrow , Ways , Umbrella , Ukays dan lain-lain lagi.

Sehingga kini yang masih bertahan  boleh di kira dengan jari  seperti Search , Wings ada lagi ke itu pun dah tak kuar album. Tak pun penyanyi je yang masih aktif. Ada juga yang buat comeback tp dlm bentuk reunion, ok gak la tu.

Pada tahun 2008 ini cuma beberapa sahaja kumpulan Rock kita yang wujud seperti Spider , Jinbara … ntah lupa dah dengan yang lain seperti flopflopy, mana perginya Exist, Spring dan yang lainnya . Mengapa ini terjadi  ?. Mungkinkan dengan fenomena kebanjiran Muzik rock dari indonesia ?  Siapa tak kenal dengan Shiela on 7, Peterpan, Radja, Dewa, Samson, kerispatih, nidji, Letto, Kangen Band, Ungu.Persoalannya mengapa lagu mereka di terima di hati peminat tempatan ?, adakah komposer tempatan sudah kekeringan idea atau ini satu evolusi industri hiburan ?.

Apa bezanya muzik rock tempatan dan Muzik Rock indonesia ?,  sehingga pemuzik-muzik kita mula terikut-ikut dengan gaya dan corak lagu seakan artis dan kumpulan dari indonesia. Cuba kita dengar lagu-lagu dari SOFAZ [Janjiku] , Extrange [Itu kamu], 6ixth sense [Tak bisa memilihmu]. Adakah ini langkah terbaik bagi menyaingi industri muzik mereka , hanya mereka yang arif tentang muzik saja tahu akan percaturannya.

Mungkinkah selepas ini kita hanya mampu mendengar lagu-lagu evergreen utk mendengarkan lagu melayu Rock versi malaysia dan akan terus di buai dengan dendangan lagu ala muzik indonesia ?…fikir-fikirkan…

Hubungan antara manusia & buah-buahan
 
Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.
 
Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.
 
Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.
 
Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut,  tetapi umbinya tetap putih bersih.
 
Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.
 
Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.
 
Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Sungguh besar ciptaan tuhan sampai buah pun boleh dikaitkan dengan kehidupan kita utk dijadikan iktibar dan pedoman. Semoga kita lebih memanfaatkan segala yang ada di muka bumi ini sebaik2 nya