Assalamualaikum 

Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: “Kalau kau rasa kau kesempitan  rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai  untuk berrsedekah.” Dia menyambung “Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan  pintu rezeki”

  Saya berpegang  pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada rm2 saya  sedekahkan rm1. Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya  sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit,saya pinjamkan dengan  niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah.  Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan  datang. Itu juga amalan kawan saya.  Pernah suatu  hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa yang  sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital  dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia  memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia  bersedekah, saya nampak kehidupan dia  nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena  ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak kata mak  saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan  puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya  kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.  “Dan  apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya  itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan  kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu  nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup,

sedangkan kamu  sedikit pun tidak akan dianiaya.”(Surah al-Baqarah, ayat 272).

  

Hadis  dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang berkata kepada  Nabi saw., “Sedekah yang mana yang lebih utama itu?” Nabi bersabda, “Engkau  bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish).”

  

Dalam  riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari ‘Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda,  “Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab  (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat.”

  

saya  bukan yg terbaik utk memberikan nasihat hanyalah sekadar memperingatkan sesama  insan betapa Maha Pengasihnya Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa….

Sekadar  utk berpesan. Semoga ada manfaat.

Coretan ini mempunyai 5 komen. Masukkan info anda.
Azhar Ahmad - 26 Feb 08 at 20:41:56

Abah kata berkat… Kalau duit yang kita ada tak berkat, gaji 5 angka sebulan pun tak cukup

Salam kenal dari Teratak Nurani

Azam - 27 Feb 08 at 09:41:29

Betul tu En Azhar , Keberkatan ni kena di cari dan di gali. Semoga kita di golong kan dlm orang2 yang berkat, aminnn.

Azam - 27 Feb 08 at 10:52:57

En Azhar apsal saya tak bleh bg komen kat blog Azhar ?, ada error ” The page cannot be displayed”

megat - 27 Feb 08 at 11:54:06

Insya allah dipermudahkan. Kadang-kadang sebesar-besar perkara pun kita mudah lupa, ini kan pula sekecil-kecil perkara.

sangkujiwa - 27 Feb 08 at 12:52:54

ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara