KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.

Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya. Selain itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di Persatuan Pengguna Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk menghadiri pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang semuanya bernilai RM1,375.77.Zainuddin juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam.

Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran.

Nampaknya kita sebagai umat islam semakin tercabar dengan isu pemakanan ni. Pelbagai isu mengenai Halalan Toiyiba ini di perkatakan dewasa ini. Kadang tu mcm elergik je nak makan ayam atau daging , so setiap hari kena makan ikan, tp bg aku ikan, udang, ketam dan makanan laut yg lain lagi la sedap. Berhati-hati la kita utk memilih makanan , kata orang kita bersederhana dlm hidup ni tak rugi , tak payah makan luar , biar di kata tak style asal kita selamat dari semua ini. Ingat dalam islam pemakanan amat la di titik beratkan , kerana apa yang kita makan akan relate dengan perangai, kesihatan, dan tingkah laku kita.

 

Coretan ini mempunyai 1 komen. Masukkan info anda.
megat - 21 Feb 08 at 13:09:29

Sebagai seorang islam, isu seperti ini tak boleh pandang ringan. Bahaya! Boleh jadi darah daging. Tengok jer lah keadaan remaja skang. Dari mana sumbar makanan mereka!?