Teringat masa dulu-dulu zaman persekolahan dan remaja , secara tak langsung mengingatkan aku tentang perkembangan muzik rock di malaysia yang di gelar Rock Kapak. Masa ni muzik Rock di malaysia memang digilai muda-mudi zaman itu. Kumpulan muzik rock bercambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Mana tak nya semua berlumba-lumba utk menumbuhkan kumpulan rock masing-masing.

Tentu kita masih ingat dengan kumpulan yang top ni di awal 90-an seperti Visa, Analisa, Gravity, Ekamatra, Lestari - [Sekelip mata kau berubah], zabarjad - [Karam], Samudera, Terrarosa, Bloodshed , Illusi , Blackrose [penantian], Dinamik [Antara gadis], Mega, Melissa [Cinta untk Nabila] , Crossfire , Spinraza , Meditasi [Biar Putih Mata], May [Cintamu mekar dihati], U-Topia, Rio, Junction , Love hunters , RustyBlade, Leon, Evolusi , Axls [Andai dapat ku undur masa], G.E.T, XPDC, BPR, Kulit, Tropika, Ann [Cinta Melankolia], Gersang, Fotograf, Mega, Junction , Slash [Taman Astakona] , Iklim , Desire , Helter Skelter , Ababil , Projek , Tropika [Cinta Pantai Merdeka], May [Cintamu mekar dihati], Success, Laksamana dan bnyk lagi kot.

Diikuti dengan akhir 90-an Sweetchild, Scoin , Budak Kaca mata, Teja, Screen, Spin, EYE, Stings , Lemon-T, Data, Arrow , Ways , Umbrella , Ukays dan lain-lain lagi.

Sehingga kini yang masih bertahan  boleh di kira dengan jari  seperti Search , Wings ada lagi ke itu pun dah tak kuar album. Tak pun penyanyi je yang masih aktif. Ada juga yang buat comeback tp dlm bentuk reunion, ok gak la tu.

Pada tahun 2008 ini cuma beberapa sahaja kumpulan Rock kita yang wujud seperti Spider , Jinbara … ntah lupa dah dengan yang lain seperti flopflopy, mana perginya Exist, Spring dan yang lainnya . Mengapa ini terjadi  ?. Mungkinkan dengan fenomena kebanjiran Muzik rock dari indonesia ?  Siapa tak kenal dengan Shiela on 7, Peterpan, Radja, Dewa, Samson, kerispatih, nidji, Letto, Kangen Band, Ungu.Persoalannya mengapa lagu mereka di terima di hati peminat tempatan ?, adakah komposer tempatan sudah kekeringan idea atau ini satu evolusi industri hiburan ?.

Apa bezanya muzik rock tempatan dan Muzik Rock indonesia ?,  sehingga pemuzik-muzik kita mula terikut-ikut dengan gaya dan corak lagu seakan artis dan kumpulan dari indonesia. Cuba kita dengar lagu-lagu dari SOFAZ [Janjiku] , Extrange [Itu kamu], 6ixth sense [Tak bisa memilihmu]. Adakah ini langkah terbaik bagi menyaingi industri muzik mereka , hanya mereka yang arif tentang muzik saja tahu akan percaturannya.

Mungkinkah selepas ini kita hanya mampu mendengar lagu-lagu evergreen utk mendengarkan lagu melayu Rock versi malaysia dan akan terus di buai dengan dendangan lagu ala muzik indonesia ?…fikir-fikirkan…

Coretan ini mempunyai 4 komen. Masukkan info anda.
megat - 18 Feb 08 at 18:07:21

Kalau dah orang ida kat sini. Nak buat macam mana. Carta radio pun derang yang undi. So dgr jer la

Dinzz - 18 Feb 08 at 18:17:49

dulu2 lagu2 rock nie mmng layan, tapi skang dah ketandusan. kumpulan yg lama 2 je yang power. kumpulan baru nak naik pun susah. mungkin kerna melambak band indon kut..

al-momok - 19 Feb 08 at 10:29:05

apa mau heran…. for long time kita pun dgr lagu dr overseas… so many groups dr eropah dll … fair la beb… music for life… nottin do if life for music ahaksss :D

admin - 19 Feb 08 at 10:32:00

heheee…betul tu mok muzik utk semua..muzik ni pun mcm perjudian sapa yg sdp dia yg top…tak sedap tolak tepi la…hehehe