siti2.JPG

Aku sering terdengar sana sini orang dok perkatakan mengenai isu perubahan imej penyanyi no 1  tanahair, Datin Sri Siti Nuhaliza. Beberapa minggu kebelakangan ini aku naik rimas dengan komen-komen yang melampau mengenai pertukaran imej beliau yg separa bertudung, ada yg dok puji ada gak yg mengeji.

Tapi bagi aku sebagai seorang manusia dan sebagai orang islam tak perlulah kita menjaja sana sini, mengeji dan memperlekeh membuta tuli. Kan elok kalu kita memberi pendapat yg membina dan bukan mencerca apabila ada orang yg ingin berhijrah , tak kira la dia tu siapa dan dari segi apa pun.

Banyak lagi perkara yg perlu kita perbaiki dan perdebatkan, bnyk lg orang2 kat luar sana tu yg berbuat kesilapan dan alpa dengan dunia mereka.Sepatutnya orang2 sebegini yang kita tegur dan bukannya orang yg ingin berbuat kebaikan kita rendahkan nya. 

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk” (Surah Al-Nahl Ayat 125) 

marila kita sama-sama merenung firman allah diatas.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Mencaci dan memaki orang-orang Islam adalah fasik dan memerangi mereka adalah kafir.

Oleh itu marilah kita sama-sama berbuat kebaikan terhadap sesama manusia walaupun hanya sepotong ayat.

* come da tu , tak pe la pelan2 dari tak bertudung lansung….

Coretan ini mempunyai 2 komen. Masukkan info anda.
mattkic - 06 Feb 08 at 14:46:50

betul tu en azam..
kkdg bgi aku keikhlasan diri ebih penting daripada berubah kerana terpaksa..itu lebih dtuntut..tak semestinya bertudung itu tidak baik dan tak semestinya bertudung itu baik tingkah laku dan peribadinya..yang penting, diri kita sendiri..kita perli lihat apa kekuranga kita sebelum kita palitkan kesalahan orang utuk dicanang satu dunia..
Bai aku, menutup keaiban seseorang yang lain lebih besar pahalanya..wallahua’lam

megat - 06 Feb 08 at 17:32:45

Dah nyata. Itu sikap orang melayu yg perlu dikikis! Selagi ada sikap memperlekehkan hak orang lain, selagi itu melayu tak kan berubah!