Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan > berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan “Memecat Tanpa Sebab”. Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat: “Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?”
“Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word.”
“Masalah bagaimana tu encik?”
“Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang.”
“Hilang?”
“Ya, ia hilang.”
“Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?”
“Kosong, tak ada apa-apa.”
“Tak ada apa-apa?”
“Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip.”
“Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?”
“Macam mana saya nak tau?”
“Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?”
“Apa tu si-perom?”
“Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?”
“Cursor pun tak ada:
“Adakah monitor anda ada power indicator?”
“Monitor tu apa?”
Archive for February 2008
Arggghhhhhh!!!! ……. kenapa dlm minggu2 kebelakangan ini aku rasakan mcm ada je yang tak kena je dengan berita dan rancangan di TV , tak kurang juga iklan-iklan radio semuanya mcm berkempen. Kalau nak kempen pasal semua parti tak pe la jugak….ini cuma pro satu parti je…..tak yah la aku nak sebutkan. Untuk itu aku hanya menonton DVD dan memutarkan lagu-lagu dari koleksi CD aku.
Demokrasi ke kita ?……, sungguh tidak adil.
Aku ni bukan la penyokong dan pengundi mana2 parti undi tu rahsia kan tetapi sebagai rakyat malaysia yang telah dididik dan ditanamkan dengan slogan-slogan demokrasi dan keadilan , terasa rimas dengan bahang semua ini. Seperti di sana sini keadilan dan hak bersama telah di robek-robek. pedih bagi yang menentang dan bersoraklah bagi yang menyokong.
Andai kita sebagai pemimpin mengapa takut dengan dakyah pembangkang , mengapa takut menerima teguran dan mengapa perlu sekat laluan pihak lawan. Mengalah bukan bererti kalah , melawan bukan bererti menang. Siarkan lah manifesto pihak lawan , bentangkan la suara mereka , huraikan lah visi dan misi mereka. Agar rakyat dapat menilai seluas-luasnya , memanfaatkan sebaik-baiknya barulah kita boleh berbangga dengan Sistem Demokrasi Berpelembagaan.
Aku disini bukan la sesiapa cuma mahukan sebuah negara merdeka. Sedangkan dalam solat pun kita boleh tegur imam inikan pula etika kepimpinan. Oleh itu walau Parti manapun yang akan terpilih nanti, pimpin la Negara kita tercinta ini dengan seadil-adilnya , peganglah amanah dan mandat dengan tanggungjawab , pandu la negara kearah kemakmuran dan kemajuan, yang paling Utama kekalkan la ciri-ciri budaya , adat dan Tegakkan la syiar Agama.
Assalamualaikum
Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: “Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk berrsedekah.” Dia menyambung “Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki”
Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka.
sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya.”(Surah al-Baqarah, ayat 272).
Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang berkata kepada Nabi saw., “Sedekah yang mana yang lebih utama itu?” Nabi bersabda, “Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan berkeinginan (harish).”
Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari ‘Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda, “Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat.”
saya bukan yg terbaik utk memberikan nasihat hanyalah sekadar memperingatkan sesama insan betapa Maha Pengasihnya Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa….
Sekadar utk berpesan. Semoga ada manfaat.
A man wanted to get into his work building, but he had forgotten his code. However, he did remember five clues. These are what those clues were:
The fifth number plus the third number equals fourteen.
The fourth number is one more than the second number.
The first number is one less than twice the second number.
The second number plus the third number equals ten.
The sum of all five numbers is 30.
What were the five numbers and in what order?
Selamat Mencuba.
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.
Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam
Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran.
Nampaknya kita sebagai umat islam semakin tercabar dengan isu pemakanan ni. Pelbagai isu mengenai Halalan Toiyiba ini di perkatakan dewasa ini. Kadang tu mcm elergik je nak makan ayam atau daging , so setiap hari kena makan ikan, tp bg aku ikan, udang, ketam dan makanan laut yg lain lagi la sedap. Berhati-hati la kita utk memilih makanan , kata orang kita bersederhana dlm hidup ni tak rugi , tak payah makan luar , biar di kata tak style asal kita selamat dari semua ini. Ingat dalam islam pemakanan amat la di titik beratkan , kerana apa yang kita makan akan relate dengan perangai, kesihatan, dan tingkah laku kita.
